Monday 9 October 2017

Cik pipotttt came back

Last time buka blog nie 3 tahun yang lepas .

tak sangka cepat masa berlalu dan dalam masa 3 tahun aku dah tempuh banyak perkara dalam hidup 


Inshaallah akan rajin update blog ni semula . 


for now


aku nak share 


peoples will come and go in your life and only the true will stay . 
Read More

Saturday 3 January 2015

Sekeping hati

Salam...  apo kabo semua ? dah makan ? cewah.. nampak sangat dah lama aku tak bercerita kat blog kan ?  sekarang aku tengah uk siapkan assignment akhir fonetik dan disebabkan faktor mengantuk , penat dan mengantuk dok mengadap assignment nie dari petang tadi tak siap - siap maka aku mengambil keputusan untuk menulis blog . so berbalik kepada sekeping hati ..ermm..apa yang istimewa yer ? aku mulakan dengan 2 sifat iaitu jujur dan berpura-pura. sudah semestinya jujur adalah sifat yang baik kan ? ini lah yang ingin aku kongsikan .. lakukanlah setiap kebaikan ikhlas dari hati kerana kita tak akan rasa menyesal ataupun mengungkit kembali kebaikan yang telah kita lakukan . tapi jangan lah hanya menurut kata hati tetiba tanyalah iman dan berfikirlah secara rasional sebelum membuat sebarang keputusan. akhir kata jangan lah berpura-pura membuat kebaikan kerana akhirnya semua nya akan terbongkar juga akhirnya .


Read More

Saturday 27 December 2014

hitam dan putih

assalamualaikum pembuka bicara . tanpa disedari tahun 2014 sudah ingin menutup tirainya . entah mengapa semalam aku rindu nak menulis untuk blog aku ini . merujuk kepada tajuk diatas pasti korang tertanya mengapa aku nak bercerita tentang warna kan ? yang sebenarnya warna hitam dan putih itu mewakili pilihan dalam kehidupan . yer.. inilah pegangan yang selalu ku pegang . di dalam hidupku sering kali aku mendengar orang menyalahkan takdir ataupun menyesali perbuatannya sendiri . tapi sedarkah kalian kita yang membuat sesuatu pilihan dalam hidupku dan pilihan itulah yang aku simbolkan sebagai warna hitam dan putih. kita yang memilih untuk melakukan perkara yang baik ataupun tidak . sebagai manusia kita tidak lepas dari melakukan kesilapan . maka,adakah kita ingin berubah menjadi lebih baik atau terus hanyut ? tepuk dada tanya iman.



Read More

Thursday 27 March 2014

Erti pengorbanan

Hai.. assalamualaikum... kata pembuka bicara.. tajuk yg kedengaran serius kan.. setiap dari kita pasti pernah membuat pengorbanan dalam hidup kan tapi adakah kita benar - benar mengetahui erti pengorbanan yg sebenar... secara jujurnya aku pun tidak arif tetapi aku ingin berkongsi pandangan ku tentang sebuah pengorbanan. Pengorbanan adalah melepaskan sesuatu perkara yg kita sayangi dan cintai untuk mereka yg lebih memerlukan ataupon mungkin mereka yang bermakna dalam hidup kita. Pengorbanan bukannya hanya pada wang dan harta tapi juga masa , kasih sayang dan mungkin juga masa depan. Pengorbanan yg pernah aku lakukan ? Biarlah menjadi rahsia .. tetapi cukuplah jika aku katakan sungguh sakit di saat aku terpaksa melupakan masa depanku hanya kerana kepentingan insan 2 yang aku sayang.

Biarpon sukar tetapi aku percaya jika kita sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain inshaallah satu hari nanti kita pula akan bahagia. Ada sebuah hadis mengatakan sebaik - baik hadiah adalah barang yang paling kita sayangi kan ? Paling penting lakukan la pengorbanan itu dengan seikhlasnya jika tidak diri kita yg akan merasai sakitnya serta jangan harapkan pengorbanan kita dan jasa kita dibalas , kerana mungkin kita akan kecewa ..., mintalah dgn allah s.w.t kerana itu yang sebaiknya. Akhir kata padaku pengorbanan itu sgt indah. Jika anda pernah berkorban... anda sudah ada sebuah keindahan. Sekian wasalam

Read More

Saturday 21 December 2013

Cinta Sejati.

ha...tengok tajuk tu mesti korang ingatkan aku sedang dilamun cinta kan ? aku ckp jgn nak gelakkan aku pulak, honestly aku still single lagi. mungkin allah s.w.t belum mempertemukan aku dengan seorang lelaki yg benar 2 sygkan aku. ok stop citer jiwang karat aku tu. aku nak share ngan korg sbb apa aku percaya cinta sejati tu wujud sedangkan aku sendiri blom jumpa someone special. jwpn die mudah sgt. cinta mak n abah aku. cop 2 aku x poyo tau. cuma perasan sikit tu ader la. pada aku cinta mak n abah sangat indah.abah hanya pekerja kilang kain , mak pulak tidak bersekolah tinggi dan menjaga 6 orang . tapi jodoh mempertemukan mereka bersama. aku anak bongsu yg lambat lahir jadi aku telah terlepas kisah cinta mereka ketika muda tetapi aku dpt memahami kisah cinta mereka di usia emas. mereka memahami antara satu sama lain . apabila mak diuji dgn penyakit strok selama 5 tahun cinta abah kepada mak semakin jelas dimata aku . setiap hari abah suapkan mak makan , mandikan , sikat kan rambut , mcm 2 lagi. sweet sgt. sampai ke akhir hayat mak abah sentiasa ada dengan mak.al-fatihah untuk arwah mak. syg mak byk 2. 
Read More

Saturday 27 April 2013

shine like a star

  assalamualaikum..... maaf sebab dah lama sangat x update blog . inshaallah abis praktikal nanti aku akan selalu update blog . shine like a star . ini lah perkataan yang aku ingin ungkapkan terjadi pada diri aku apabila aku mula mengenali mary kay . masalah kulit muka berjerawat dan berparut yang sudah aku tanggung bertahun-tahun sejak dari sekolah menengah lagi ... kini telah semakin pulih . terima kasih aku ucapkan kepada mary kay . alhamdulilah sekarang aku semakin yakin dengan penampilan diri aku bukan itu sahaja aku tidak lagi diperli atau diejek kerana kulit muka aku yang bermasalah . bukan itu sahaja mary kay telah memberi peluang kepada kakak aku untuk menjadi businesswomen yang berjaya. bulan 6 nie kakak aku dapat melancong ke china pemberian marykay . marykay mengajar aku untuk menghormati  dan menghargai semua orang . sekarang hidup aku lebih berseri dengan marykay... I LOVE MARY KAY SO MUCH
Read More

Tuesday 26 February 2013

awana genting highland





 assalamualaikum.....kata pembuka bicara arinie. aku nak share pasal makanan. kat malaysia nie ade beribu jenis makanan kan ?? tapi kali nie aku nak share citer aku n hidangan lazat di awana genting highland. fuh... bile ingat balik memang best.bukak jer mata breakfast dah tersedia.  memang best sangat bile ade buffet  . boleh pilih  dan amik mana makanan yang kita suka . paling best kan seafood bakar yang fresh untuk dinner tak dilupakan dessert yang sangat best. terima kasih nuffnang sebab memberi peluang kepada saya join tribal halloween event . kenangan terindah dapat merasa makanan yang dimasak oleh chef hebat awana genting highland

Read More