Thursday 27 March 2014

Erti pengorbanan

Hai.. assalamualaikum... kata pembuka bicara.. tajuk yg kedengaran serius kan.. setiap dari kita pasti pernah membuat pengorbanan dalam hidup kan tapi adakah kita benar - benar mengetahui erti pengorbanan yg sebenar... secara jujurnya aku pun tidak arif tetapi aku ingin berkongsi pandangan ku tentang sebuah pengorbanan. Pengorbanan adalah melepaskan sesuatu perkara yg kita sayangi dan cintai untuk mereka yg lebih memerlukan ataupon mungkin mereka yang bermakna dalam hidup kita. Pengorbanan bukannya hanya pada wang dan harta tapi juga masa , kasih sayang dan mungkin juga masa depan. Pengorbanan yg pernah aku lakukan ? Biarlah menjadi rahsia .. tetapi cukuplah jika aku katakan sungguh sakit di saat aku terpaksa melupakan masa depanku hanya kerana kepentingan insan 2 yang aku sayang.

Biarpon sukar tetapi aku percaya jika kita sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain inshaallah satu hari nanti kita pula akan bahagia. Ada sebuah hadis mengatakan sebaik - baik hadiah adalah barang yang paling kita sayangi kan ? Paling penting lakukan la pengorbanan itu dengan seikhlasnya jika tidak diri kita yg akan merasai sakitnya serta jangan harapkan pengorbanan kita dan jasa kita dibalas , kerana mungkin kita akan kecewa ..., mintalah dgn allah s.w.t kerana itu yang sebaiknya. Akhir kata padaku pengorbanan itu sgt indah. Jika anda pernah berkorban... anda sudah ada sebuah keindahan. Sekian wasalam

0 comments: